Monday, May 20, 2013

Surah Az-Zariyat



{51}
Az-Zariyat (pembangkit debu) 1~60.
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.

1. Perhatikan lah (angin-angin) yang sungguh-sungguh membangkitkan debu !
2. Lalu perhatikan lah (mega-mega) yang mengandung (air).
3. Lantas perhatikanlah (bahtera-bahtera) yang berjalan dengan mudah !.
4. Lantas perhatikanlah (mega-mega) yang membahagi-bahagi urusan (air) !
5. Sesungguhnya apa yang diancamkan kepada kamu, adalah benar.
6. Dan sesungguhnya pembalasan (amal) itu mesti kejadian.
7. Dan perhatikanlah langit-langit yang mempunyai bintang-bintang.
8. Sesungguhnya kamu dalam omongan yang berselisihan.
9. Dipalingkan daripada (beriman kepadanya) apa-apa yang dipalingkan.
10. Dilaknat pendusta-pendusta itu.

11. (Iaitu) orang-orang yang lalai dalam kebodohan.
12. Mereka akan berkata; “kapankah hari pembalasan itu ?”.
13. (Dijawab); “pada hari mereka dibakar diatas api”.
14. (Dikatakan); “rasakanlah (balasan) fitah kamu, inilah dia (azab) yang kamu minta disegerakan”.
15. Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (adalah) dalam taman-taman dan (dekat) mata air.
16. Sambil mereka mengambil apa-apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka, kerana sesungguhnya adalah mereka sebelum itu orang-oranng yang berbuat kebaikan.
17. Adalah mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam.
18. Sedang diwaktu akhir-akhir malam, maka meminta ampun.
19. Dan dalam harta-harta mereka, (mereka tentukan) hak untuk yang minta-minta dan yang terhampa.
20. Dan dibumi ada beberapa tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang(mahu) yakin.

21. Dan (juga) dalam diri-diri kamu, maka tidaklah kamu perhatikan ?
22. Dan dilangit ada rezeki kamu dan ada apa-apa yang dijanjikan kepadakamu.
23. Demi pengurus langit dan bumi ! sesungguhnya adalah ia benar sebagaimana (biasa) kamu omongkan.
24. Sudahkah datang kepada mu cerita tamu-tamu Ibrahim yang dimuliakan ?.
25. Tetakala mereka datang kepadanya, lalu mereka berkata; “salam” ia jawab; “salam” satu kaum yang tidak dikenal”.
26. Lalu ia pergi dengan sembunyi kepada ahlinya, lantas ia bawa anak sapi yang gemuk.
27. Lalu ia dekatkan dia kepada mereka sambil berkata; “tidak kah kamu mahu makan ?”
28. Lalu ia merasa kekuatan dari mereka, mereka berkata; “janganlah engkau takut”, dan mereka gembirakan dia dengan (bahawa ia akan dapat) seorang anak laki-laki yang berpengetahuan.
29. Maka mulai lah isterinya berteriak, lalu menampar muka nya dan berkata; “(aku ini) seorang perempuan tua yang mandul”.

30. Mereka berkata; “demikianlah Tuhan mu berkata, sesungguhya ialah yang bijak sana, yang mengetahui”.

Juzuk 27.

31. Ia bertanya; “lantas apakah urusan kamu hai utusan?”.
32. Mereka berkata; “sesungguhnya kami ini diutus kepada kaum yang berubat kejahatan”.
33. “Supaya kamu limpar atas mereka itu batu-batu dari tanah”.
34. “Yang ditandakan dari sisi Tuhan mu buat orang-orang yang melewati batas”.
35. “Kami keluarkan orang-orang mukmin yang ada padanya”.
36. “Tetapi tidak kami dapati padanya selain satu rumah dari orang-orang muslim”.
37. “Dan kami tinggalkan disitu satu tanda bagi orang-orang yang takut azab yang pedih”.
38. Dan pada Musa (ada satu bukti) tetakala  kami utus dia kepada Firaun dengan (membawa) mukzizat yang  nyata.
39. Tetapi ia berpaling dengan kaumnya dan berkata; “(ini) seorang seher atau seorang  gila”.
40. Oleh kerana itu, kami ambil dia dan tentera-tenteranya lalu kami lemparkan mereka kedalam laut dengan keadaan ialah yang salah.

41. Dan pada Aad (ada satu bukti) tetakala kami lepaskan atas mereka itu angin yang membinasakan.
42. Ia tidak tinggalkan (selamat) suatu yang ia sentuh, melainkan ia jadikan nya seperti abu.
43. Dan pada Samud (ada satu bukti) tetakala dikatakan kepada mereka; “bersenang-senang lah kamu, sampai satu masa”.
44. Tetapi mereka enggan menurut  perintah Tuhan mereka, lalu mereka ditimpa oleh azab sedang mereka (dalam keadaan) melihat.
45. Tetapi mereka tidak kuasa melawan dan tidak bisa membela (diri-diri mereka).
46. Dan (kami binasakan) kaum Nuh lebih dahulu, kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang melewati batas.
47. Dan langit itu, kami dirikan dia dengan kekuasaan (kami), dan sesungguhnya kamilah yang meluaskan nya.
48. Dan bumi itu, kami hamparkan dia, maka (kamilah) sebaik-baik penghampar.
49. Dan tiap-tiap suatu , kami jadikan berpasangan, supaya kamu ingat.
50. “Oleh kerana itu, larilah kepada Allah, sesungguhnya aku (ini) seorang pengancam yang nyata-nyata daripadanya kepada kamu”.
51. “Dan janganlah kamu adakan bersama Allah Tuhan yang lain, sesungguhya aku (ini) seorang pengancam yang nyata-nyata daripadanya kepada kamu”.
52. Demikianlah tidak seorang pun Rasul yang datang kepada orang-orang sebelum mereka, melainkan mereka itu berkata; “(ia) seorang ahli seher atau seorang  gila”.
53. Apakah mereka menerima wasiat tentang ini ? tidak ! tetapi mereka orang-orang yang melewati batas.
54. Oleh kerana itu, berpalinglah dari mereka, kerana bukanlah engkau orang yang disalahkan.
55. Tetapi ingatlah, kerana sesungguhnya pergingatan itu berguna bagi orang yang (mahu) beriman.
56. Dan aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah akan daku.
57. Aku tidak mahukan satu pun pemberian dari mereka, dan aku tidak mahu kan mereka memberi makan kepada ku.
58. Sesungguhnya Allah, ialah pemberi rezeki yang mempunyai kekuasaan, yang sangat teguh.
59. Maka sesungguhnya bagi orang-orang yang menganyayai (diri-diri sendiri) itu, ada bahagian (azab)  seperti bahagian kawan-kawan, oleh kerana itu, janganlah mereka minta kepada ku (supaya) disegerakan.
60. Maka bagi orang-orang yang tidak percaya itu, adalah kecelakaan dari hari yang diancamkan kepada mereka.

[Ulasan][Penutup][Previous][Next] 


.